Dapur Kuliner Siti Jariah Meliala: KARI AYAM

0
253

siti jariah 16siti jariah 17

Bahan – bahannya

4 biji paha ayam, ( potong 2 dan buang kulit) cuci bersih tiriskan.

siti jariah 18Bahan A

1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 centimeter kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkeh
1 lembar daun pandan (potong 2 dan disobek-sobek lalu disimpul)
2 batang serai dititik

Bahan B (digiling)

8 ulas bawang merah
3 siung bawang putih
3 cm jahe
5 biji cabe rawit merah
4 sendok makan rempah kari ayam

Bahan Lain

250 gr santan kental ( dicampur dengan 700 ml air )
1 sendok makan asam jawa ( dicampur dengan 3 sendok air panas )
4 sendok makan minyak sapi /minyak biasa
2 biji kentang ( potong ikut suka )
1 biji wartel ( potng ikut suka )
1 biji bawang besar / bombay ( potong 4 )
garam dan serbuk perasa ayam secukupnya

Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dalam kuali/ periuk, tumiskan bahan A hingga wangi.
2. Masukkan bahan B dan aduk sampai naik minyak.
3.Tambahkan ayam masak lagi sampai ayam berubah warna atau separuh masak.
4. Setelah itu masukkan santan, aduk terus sampai mendidih.
5. Masukkan kentang, masak lagi sampai kuah kari berkurang/ kental. Lalu bolehlah tambahkan wartel, garam dan serbuk perasa ayam. aduk lagi sesaat. Sesaat sebelum diangkat masukkan buah tomat. sedia untuk dihidang. Boleh dimakan dengan nasi putih, roti, dan roti canai.

Kali ini, kami hantarkan hidangan kita dengan diiringi tarian Ngari-ngari yang ditarikan oleh Sukma br Pinem dan Juara R. Ginting di Tongtong Fair, Den Haag sebagai rangkaian pertunjukan sanggar TARTAR BINTANG (Nederland).

siti jariah 17 Siti Jariah

Leave a Reply