BULGAD KUTA-KUTA

0
208

siti jariah 115Bahan-bahannya :

Secekal daun ubi kayu (bulung gadung alias bulgad); diambil daun yang muda, cuci bersih dan dipuyu dengan kedua telapak tangan sampai layu. Sisihkan 100 gr kacang hijau, rendam semalaman lalu direbus sampai lembut. Sisihkan 75 gr terung, belah 2 atau 375 gr karimbang buang tangkai lalu potong dua.

5 tangkai daun kemangi, ambil daunnya. 2 buah bunga kencong, ambil bagian yang muda dan belah 6 lalu potong tiga.

300 ml air 250 gr santan kental dicampur dengan 400 ml air. 2 biji asam cekala, dimemarkan. 1 batang serai, dipotong dua lalu dimemarkan.

2 lembar daun jeruk purut, dibuang tulang lalu sobek-sobek. Secukupnya garam dan perasa sayur.

Bahan yang dihaluskan :

3 buah cabai merah besar, 7 buah cabai rawit merah, 8 ulas bawang merah, 4 siung bawang putih, 1 cm jahe dan 1 cm kunyit.

siti jariah 113

Cara membuatnya :

1. Campurkan air, serai, daun jeruk dan bahan halus di dalam periuk. Lalu jerangkan sampai mendidih.

2. Masukkan terung dan karimbang. Setelah beberapa saat, masukkan daun ubi kayu, masak sampai layu.

siti jariah 1143. Lalu masukkan santan, aduk sampai rata.

4. Setelah mendidih, tambahkan kacang hijau, bunga kencong, daun kemangi, asam cekala dan garam.

Masak sambil diaduk rata dan bila terung dan daun ubi sudah matang bolehlah diangkat dari api. Hidangkan dengan nasi putih hangat dan ikan asin selera keluarga.

Kami hidangkan Bulgad Kuta-kuta ini ke hadapan pembaca dengan iringan lagu di bawah ini.

Leave a Reply